Introduction

Welcome to my Weblog. This site is dedicated to my thoughts, views and understanding on anything that touches upon records management, archives management as well as information management in Malaysia. I believe in becoming a 'functional and meaningful' information professional, the term I refer to as person who can function in many ways possible for the betterment of this discipline. Interested parties, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited to alwiyunus.blogspot.com Comments must be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those containing profanities and obscenities will be rejected. http://adf.ly/8Y1UN

Thursday, August 27, 2015

Pengurusan rekod dalam perspektif penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik

Artikel terbitan BERNAMA

Input oleh: Alwi Mohd Yunus


Perdana Menteri Malaysia baru baru ini telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) untuk merangka satu pelan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif, khususnya untuk menentukan proses konsultatif di semua peringkat dan mengambil kira pandangan semua pihak.

Penubuhan ini sebahagian dari inisiatif agenda Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan NKRA untuk mewujudkan tadbir urus dan mekanisme semak dan imbang.

Dari sudut pandangan yang berbeza, hakikatnya, penubuhan JKNMPP memerlukan setiap parti politik untuk mempunyai rekod lengkap berkenaan dengan dana sumbangan parti politik yang diterima dari pelbagai pihak. Rekod lengkap inilah yang menjadi sumber penting kepada mekanisme tadbir urus serta semak imbang sumbangan dana politik. Tanpa rekod sebagai bukti yang tentunya menjadi tanggungjawab setiap parti politik untuk bersedia diperiksa atau melaporkan dana politik yang diterima, tentunya sukar bagi JKNMPP untuk berfungsi dengan berkesan.

Ada beberapa isu, antaranya ialah, adakah setiap parti politik mempunyai sistem pengurusan rekod yang mencatatkan setiap transaksi berkaitan dengan dana politik yang diterima. Adakah dokumen dan rekod berkaitan disimpan? Adakah ada peruntukan undang undang atau akta sedia yang menyatakan bahawa setiap parti politik perlu menyerahkan laporan berkaitan dana politik yang diterima berdasarkan rekod sebagai bukti? Jika ada, bagaimana proses itu dilaksanakan dan apakah proses pertanggungjawaban itu dilaksanakan?

Persoalan isu isu yang dinyatakan akan memberi kesan bagaimana JKNMPP ini nanti akan berfungsi. Adakah ianya lebih kepada pemantauan? Atau penguatkuasaan semata mata? Jika ia sebagai mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan, bagaimana pula bentuk pengoperasian mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan tersebut akan dilaksanakan. Tentunya akan wujud pertikaian berkenaan dengan had maksima dana atau had minima dana atau mungkin tiada had langsung terhadap apa yang dinamakan sebagai dana politik? Pertikaian juga akan wujud dari segi untuk membezakan pengoperasian makna dana politik dan bukan dana politik.

Apapun, dari sudut perlaksanaannya nanti, kedudukan pengurusan rekod yang terjamin menjadi teras penting dalam pengoperasian pembiyaan politik yang dikenal sebagai dana politik ini. Ia berkait dengan rekod transaksi keluar masuk wang, rekod perbankan, rekod kewangan parti parti politik yang terlibat. Rekod rekod ini tertakluk kepada akta dan peruntukan sedia ada di negara ini. Parti parti politik perlu mematuhi akta berkaitan pengurusan rekod yang baik dan berkesan bagi menjamin keberkesanan perlaksanaan tadbir urus serta mekanisme semak dan imbang.




Walaubagaimanapun, pengurusan rekod yang cekap dan berkesan akan memastikan sistem tadbir urus parti parti politik berkaitan pembiayaan dana politik dapat dipantau disemak dan diambil tindakan jika berlaku salah laku atau pengaliran wang dalam jumlah yang besar dengan mengejut dan tiba tiba. Mekanisme pengurusan rekod ini akan mencatatkan segala bentuk transaksi, menjadi bukti bahawa setiap transaksi adalah mengikut saluran yang dibenarkan didalam peruntukan undang undang di negara ini. Ini juga dapat memastikan bahawa tiada wujud penyaluran dana asing yang mungkin dari sumber dana yang tidak sah.


Pemantauan oleh JKNMPP dapat juga dilakukan bersama agensi agensi berkaitan berkenaan tadbir urus kewangan dengan merujuk kepada rekod rekod kewangan berkaitan pembiayaan dana politik. Ini bermaksud bahawa setiap transaksi kewangan akan menghasilkan rekod kewangan. Rekod rekod ini perlu disimpan, disemak, di audit dan diambil tindakan jika berlaku unsur unsur penyelewengan samada dalam proses penyaluran dana politik dari luar negara mahupun dalam negara. Ia secara langsung akan dapat mengekang penyalahgunaan dana untuk kepentingan peribadi atau tujuan tujuan seperti membiayai aktiviti keganasan di negara ini.


Melalui pengurusan rekod yang cekap dan berkesan, parti parti politik akan lebih menjadi bertanggungjawab terhadap dana politik yang diterima lantas mewujudkan suasana berpolitik yang lebih telus dan profesional. Rakyat amnya dan ahli parti politik akan dapat mengetahui kemana dana politik diperolehi, disalurkan dan diguna lantas mewujudkan tadbir urus kewangan yang lebih telus. Sistem semak dan imbang akan dapat dilaksanakan dengan berkesan dalam konteks ini. Kebimbangan paling besar jika tiada mekanisme semak dan imbang melalui pengurusan rekod samada rekod parti politik terbabit atau rekod kewangan mana mana organisasi politik sekalipun ialah kemungkinan berlakunya penyaluran dana ke atas aktiviti keganasan atau penyaluran ke pihak ketiga iaitu kumpulan pengganas. Ia belum berlaku akan tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di masa akan datang.