Dimana Rekod Anda? (artikel ini pernah terbit di Majalah Pendidik)
Salam ukhuwwah...saya kongsikan cetusan ini!
Kita sering menghadapi masalah dengan rekod. Dari masa ke semasa kita menggunakan dan merujuk
rekod untuk berbagai tujuan. Namun, apabila rekod rekod tersebut perlu dirujuk,
ia tiada, sukar dikesan atau data yang wujud telah luput ’obsolete’kerana data data
baru yang dikemaskini. Pada waktu yang sama, usaha untuk mewujudkan data data
baru sentiasa dilakukan namun apabila diperlukan, semua data tersebut sukar
dicari, ada merata rata, terdapat berbagai salinan sehingga sukar ditentukan
yang terkini. Semua permasalahan ini berlaku di kebanyakan agensi dan
organisasi. Natijahnya, tugasan yang perlu dilaksanakan akan tertangguh, tidak
dapat diselesaikan, mengambil masa yang cukup lama untuk diselesaikan, atau
perlu melibatkan ramai tenaga dan msa untuk diselesaikan. Tekanan semakin
meningkat dengan kata dua diberi oleh ketua jabatan mahupun pihak pengurusan
atasan supaya diselesaikan secepat mungkin. Inilah senario yang biasa berlaku dalam kerja
seharian di dalam organisasi. Tidak terkecuali juga dalam operasi pengurusan
pejabat di sekolah.
Rekod disimpan untuk dirujuk semula. Ia diguna bagi meneruskan atau menjalankan sesuatu transaksi dan aktiviti
mahupun menangani sesuatu permasalahan. Ia perlu ada ketika diperlukan. Tiada
gunanya menyimpan rekod yang banyak jika apabila diperlukan ia sukar dicari, ia
tiada ditempat yang sepatutnya atau ia perlu dirujuk kepada individu tertentu
samada staf dan pegawai tertentu yang
mana individu tersebut telah tidak lagi bekerja di organisasi tersebut.
BIODATA:
Alwi Mohd Yunus ialah seorang Pensyarah Kanan di Fakulti Pengurusan
Maklumat, Universiti Teknologi MARA, Kampus Puncak Perdana, Shah Alam. Bidang
pengkhususannya ialah Pengurusan Rekod, Pengurusan Rekod Elektronik dan Pengurusan
Maklumat. Telah bertugas di UiTM sejak tahun 1999 dan kini sedang melanjutkan
pengajian di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan Arkib Data
(Management of Data Archive).
Email: alwiyunus@gmail.com
No comments:
Post a Comment