Usaha dan komitmen yang berterusan disertai dengan ilmu merupakan elemen elemen penting dalam kejayaan sesebuah organisasi. Ditambah pula dengan kepakaran yang sentiasa dipertingkatkan oleh modal insan itu sendiri atau yang kita kenali sebagai sumber manusia menjadikan sesebuah institusi itu menjadi lebih mapan dalam pencapaian objektif serta matlamat organisasi.
Menyedari hakikat ini dengan keperluan dan skop serta tanggungjawab yang lebih luas dan menyeluruh yang dituntut oleh pengguna mahupun pasaran pada hari ini memerlukan kita untuk terus mempertingkatkan kepakaran, perkhidmatan serta pemyampaian perkhidmatan dengan lebih cekap dan berkesan. Ini secara langsung memerlukan usaha yang berterusan di peringkat dalaman sesebuah institusi untuk menambah nilai dan memperbaiki segala aspek tersebut.
Pengurusan rekod perubatan merupakan suatu usaha yang bertujuan antara lainnya untuk mencapai matlamat matlamat berikut:
1. Mendedahkan kepentingan pengurusan rekod perubatan dengan baik dan berkualiti.
2. Memberi panduan kepada staf hospital hospital kerajaan untuk menguruskan rekod perubatan dengan baik dan cekap supaya boleh digunakan sebagai bahan bukti
3. Membantu didalam proses diagnosis dan membuat rawatan melalui rujukan kepada rekod perubatan
2. Memberi panduan kepada staf hospital hospital kerajaan untuk menguruskan rekod perubatan dengan baik dan cekap supaya boleh digunakan sebagai bahan bukti
3. Membantu didalam proses diagnosis dan membuat rawatan melalui rujukan kepada rekod perubatan
4. Membantu didalam aspek penyelidikan dan pendidikan
5. Memberi manfaat dari segi kecemerlangan kerjaya
Ia merupakan suatu langkah besar dalam memartabatkan bidang pengurusan rekod perubatan di hospital hospital, pusat pusat kesihatan mahupun institusi institusi lain yang berkaitan dibawah naungan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Memang benar, kita mesti mengambil langkah pertama untuk memajukan dan mencapai sesuatu perkara. Usaha ini merupakan langkah yang tepat dan betul untuk memastikan aspek penyampaian perkhidmatan perubatan ketahap yang lebih tinggi lagi melalui proses penambahbaikan yang berterusan dengan menumpukan kepada peningkatan kepakaran modal insan yang dimiliki oleh kementerian kesihatan malaysia. Adalah diharapkan objektif untuk menjadikan malaysia sebagai hub pelancongan kesihatan dapat dicapai dengan peningkatan mutu perkhidmatan melalui pengurusan yang cekap dan berkesan di seluruh hospital hospital kerajaan.
Adalah diharapkan bidang pengurusan rekod perubatan akan menjadi bidang yang penting seperti mana bidang bidang lain di negara ini. Langkah proaktif pihak kementerian kesihatan malaysia ini akan menjadikan malaysia sebagai model didalam bidang pengurusan rekod perubatan di kalangan negara negara di asia tengggara mahupun negara membangun yang lain seperti mana ia telah dilaksanakan oleh negara negara maju di dunia pada ketika ini.
No comments:
Post a Comment