Introduction

Welcome to my Weblog. This site is dedicated to my thoughts, views and understanding on anything that touches upon records management, archives management as well as information management in Malaysia. I believe in becoming a 'functional and meaningful' information professional, the term I refer to as person who can function in many ways possible for the betterment of this discipline. Interested parties, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited to alwiyunus.blogspot.com Comments must be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those containing profanities and obscenities will be rejected. http://adf.ly/8Y1UN

Wednesday, July 6, 2011

Distortion-Sejarah yg kacau!!!

Assalam semua....

Pernah kalian terpikir?

-kita tak tahu pun siapa pencipta, pereka, pembuat keris, tengkolok, wau, kuali belanga, tumpi, batu giling, tepak sirih, kacip, kerambit, dan sebagainya yg menjadi antara tunjang budaya rumpun Melayu...

.......tetapi kita boleh tahu, pereka, pencipta pistol, senapang, kapalterbang, pengeluar nya dari dulu sehingga sekarang! Pelik bukan, seolah olah apabila dikaitkan dengan budaya, sejarah rumpun Melayu ini, ada sesuatu yg hilang.....distortion in history-sejarah yg kacau! Sedangkan bangsa bangsa lain (tidak tertakluk kpd bangsa eropah semata mata, secara umumnya) mempunyai sejarah yg panjang, asal usul bangsa yg boleh dijejaki sejak lama dahulu......kita pula seolah olah baru bermula sejak Parameswara ataupun Langkasuka....

Maaf, saya mungkin tersilap atau membuat kesilapan fakta, sy cuma ingin mengutarakan sedikit pandangan saya, bahawa ada sesuatu yg tidak kena dengan sejarah bangsa Melayu dan budayanya (sy bukan jenis yg mempunyai sindrom penafian sepanjang masa).....jika saya salah tentang hal ini....tolong BETULKAN saya!

Mengapa saya utarakan sedemikian? Sebab sy merasakan wujudnya kekacauan sejarah Melayu ini....mana yg fakta sebenarnya dan mana pula hanya sekadar cerita lagenda...kelihatan seperti sejarah Melayu ini mempunyai olahan berupa cerita lagenda dan cerita rakyat, umpama hikayat hindu yg ditulis dan dimelayukan! Saya tidak menafikan bahawa sejarah Melayu sgt dekat pengaruhnya dengan agama Hindu sebab orang Melayu dulu boleh dikatakan beragama Hindu asalnya....

Seusia saya ini....sy rasa sy bertuah hingga berpeluang menjejak kaki ke Family Records Center berdekatan dengan tempat dikenal sebagai Kensington....dikawasan sebuah taman perumahan dikota London. Jangan terkejut, ia dipenuhi ramai orang, bukan pelawat tetapi pengguna pusat itu terdiri dari penduduk kota London...terperanjat saya sebab pusat itu menyediakan perkhidmatan rujukan utk penduduk UK yg berupa rujukan genealogi, susur galur keluarga, melalui pembuktian berdasarkan sijil beranak yg disimpan sejak abad ke 7-11 masihi...maksud sy, warga UK boleh mengetahui susur galur keluarga masing masing...siapa moyang mereka, datuk nenek mereka dengan membuat penyelidikan di situ.....itu berupa rekod berbentuk sijil kelahiran, catatan catatan keluarga, gambar gambar keluarga.....bagi sy, ia sangat menakjubkan!

Sebab itulah sy mengatakan bahawa sejarah Melayu ada kekacauan fakta dan cerita.....distortion in the history of the Malays.....sy sekadar membuat perbandingan berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan analisa cetek sy, hasil perbandingan tersebut sy membuat sedikit kesimpulan seperti diatas......walaupun diakui, sejarah mereka sangat berbeza namun mereka juga dekat dan wujud dalam sejarah kita kerana mereka juga bekas penakluk Tanah Melayu ini......sebab itulah rekod dan catatan sejarah Melayu, berbentuk manuskrip dan catatan catatan peribadi wujud dan disimpan kemas di muzium di Portugal, UK, dan Belanda, malah ada yg telah diperoleh di Australia....sebahagian kecilnya telah kita peroleh dan sebahagian besarnya masih di sana.....

Khazanah besar yg mencorak destini bangsa dan membina jatidiri bangsa Melayu.....yg kita punyai hanya serpihan kecil walhal sebahagian besarnya milik kita tetapi dipunyai dan disimpan oleh MEREKA......tidak mungkin tiada cerdik pandai Melayu zaman dahulu yg menulis, mencatat, merekod dan terhasillah itu semua dalam bentuk catatan manuskrip....takkan lah Raja raja Melayu dahulu kala 'ummi' tak tahu membaca dan menulis sedangkan dikhabarkan bahawa rantau in hebat tahap antarabangsanya, menjadi tumpuan pedagang malah bahasa Melayu menjadi 'lingua franca' di daerah ini.....bagaimana komunikasi berjalan...tidak adakah titah ataupun undang2 berupa arahan dan polisi pemerintahan yg dicatat samada pengumuman oleh mamak Bendahara....Syahbandar yg menjaga dan menguruskan pelabuhan dan mengutip cukai!!!! Dimanakah dokumen yg boleh dirujuk kala ini!!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.