Introduction

Welcome to my Weblog. This site is dedicated to my thoughts, views and understanding on anything that touches upon records management, archives management as well as information management in Malaysia. I believe in becoming a 'functional and meaningful' information professional, the term I refer to as person who can function in many ways possible for the betterment of this discipline. Interested parties, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited to alwiyunus.blogspot.com Comments must be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those containing profanities and obscenities will be rejected. http://adf.ly/8Y1UN

Friday, June 24, 2011

Pengurus....Pegawai Rekod....atau apa sahaja!

Assalam semua.....


Ada beberapa salah faham konsep sebenar pengurusan rekod dan bidang kerjaya...bagi yang telah dengan jayanya menjadi graduan...tahniah jika anda telah mempunyai pekerjaan....jika belum punyai bidang pekerjaan, berusahalah untuk terus mencari....jangan putus asa sama sekali.


Kalian mengambil kursus pengurusan rekod dan dengan berkobar kobar menjalani 3-4 tahun yg perit tetapi menyeronokkan, menempuhi perjalanan mencabar buat memperolehi segulung ijazah. Harapan yang terbina dalam hati ialah suatu hari nanti akan ada kerjaya yang sesuai dengan bidang yang kalian ambil. Itulah harapan dan corak fikiran kebanyakan dari kita.....terkadang saya fikir dengan mendalam, "ini suatu bentuk pemikiran yg agak membingungkan dan tersasar"...sebenarnya, kita langsung tidak boleh mengharap apa yg kita pelajari itulah yang kita akan jadi.....kita hanya boleh bercita cita dan mengatur langkah ke arahnya, boleh jadi ia menjadi boleh jadi tidak.


Saya tunjukkan kes dan contoh untuk kalian fikirkan.....KES 1:


Ada graduan pengurusan rekod yang menjadi usahawan....dan usahanya itu berjaya buat masa(diharap terus berjaya, jika gagal..didoakan terus bangkit) ....punyai ilmu pengurusan rekod yang pada mulanya diingatkan akan terkubur begitu sahaja apa yang dipelajari selama beberapa tahun.......namun akhirnya ilmu pengurusan rekod itu tidak terkubur begitu sahaja, sebaliknya.....kerana menjadi usahawan memerlukan dia mengurus syarikatnya sendiri, dan pengurusan di syarikatnya memerlukan skil pengurusan rekod...untuk memastikan segala aspek pengurusan syarikatnya berkembang dan maju....jika usahanya terus berkembang dan dia boleh mengatur untuk mempelbagaikan usahanya dan membuka jenis jenis perniagaan yang berbeza...boleh sahaja dia membuka satu syarikat perundingan pengurusan rekod dan menggunakan pengalamannya sendiri menguruskan rekod untuk diguna pakai dan dikongsikan kepada orang lain melalui sesi sesi latihan dan perundingan.....


bersambung...perlukan komen anda terlebih dahulu....harap beri komen....  

1 comment:

  1. aisehhh .... samb lagi!
    nasib baik kerja tak tersasar dengan kursus
    tetapi....bhn yg diguna untuk di onlinekan sgt2 terhad..

    ReplyDelete