Introduction

Welcome to my Weblog. This site is dedicated to my thoughts, views and understanding on anything that touches upon records management, archives management as well as information management in Malaysia. I believe in becoming a 'functional and meaningful' information professional, the term I refer to as person who can function in many ways possible for the betterment of this discipline. Interested parties, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited to alwiyunus.blogspot.com Comments must be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those containing profanities and obscenities will be rejected. http://adf.ly/8Y1UN

Wednesday, March 19, 2025

Liku….

Sudah berhabuk blog ini rupanya. Maaf kerana kekangan banyak dek kerana kesibukan kerja bagaintiada tanda noktahnya.

Apapun, semua itu adalah liku liku kehidupan dan pekerjaan yang perlu dilalui oleh sesiapapun. Waima di peringkat mana pun. Samada peringkat bawahan atau atasan sekalipun.

Ia boleh jadi pengalaman indah atau peristiwa pahit dan memeritkan buat sesiapa pun. Hanya saya terpulang kepada kita untuk menanggapi apapun yang mendatang samada dengan fikiran positif mahupun negatif. 

Jika positif, maka natijahnya jua positif atau ada makna makna bermanfaat yang boleh dikutip dari peristiwa yang berlaku. Ia akan membentuk peribadi, menguatkan fikiran dan keteguhan hati, serta pelajaran darinya. Malah ia melatih diri untuk tetap kental dan bersikap teguh dalam jatidiri untuk lebih berdaya saing bagi menghadapi cabaran selanjutnya.

Jika negatif, tentunya ia akan memberi impak dan kesan langsung kepada hati, diri, fikiran dan sikap seseorang. Amatlah rugi jika seseorang itu mudah terbuai oleh perasaan lalu begitu kecewa dengan perkara yang dianggap negatif oleh seseorang dalam hidupnya. 

Hakikatnya, apapun yang mendatang dalam hidup, ia pasti memberi manfaat kepada sesiapapun, biarpun ia sesuatu yang dianggap baik mahupun buruk, positif atau negatif. 

Ketahuilah, Allah swt berfirman yang maksudnya “Mungkin kamu tak menyukai sesuatu walhal ia bagus atau baik bagi kamu, atau kamu sangka kamu sukai sesuatu walhal ia buruk bagi kamu….”. 

Ia menjawab teka teki yang bermain di jiwa manusia yang keluh kesah dengan sangkaan sangkaan tertentu dan bersikap ‘judgemental’ dengan response dan sangkaan tentang apa jua yang beelaku dalam hidupnya. Bahkan firman Allah swt itu menjawab persoalan yang bermaksud, dalam baik ada buruknya dan dalam buruk ada baiknya. Semua adalah ketidakpastian.

Apa yang perlu dilakukan ialah menanggapi sesuatu dengan rasa dna fikiran yang positif, terbuka, dan berharap kepada Allah swt selalu. Pasti ada kebaikan dan perkara yang Allah swt akan kurniakan. Insyaallah…






No comments:

Post a Comment